21 August 2009

Promo Hari Kebangsaan Ke 52




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.

20 August 2009

Merdeka !! Sambutan 52 tahun Malaysia.

Suatu hari, sebuah kisah, di Bukit batu Chondong..,


"Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka, ia pasti, menjadi sejarah!!"
"Merdeka Tok Janggut" jerit Atan riang.
"Merdeka Atan.." balas Tok Janggut.



"Eh Atan, salah bendera awak buat ni" kata Kuntum yang terlihat Atan.
"Apa pulak?" Atan terkejut.
"4, 5, 6, 7.. Ye lah, salah.." Chot meyakini.

"Bendera kita Atan, jalur dia, ada 8 kat atas ni, 6 kat bawah," terang Kuntum sambil menunjukkan pada Jalur Gemilang Atan.

"Bawah biru mesti jalur merah," Chot menunjukkan bahagian bawah petak biru pada Jalur Gemilang Atan.



"Alamak.. macam mana ni?" Atan sedih.

"tak pe lah, awak pakai kami punya," kata Kuntum.
"kami ada lebih" sampuk Chot.

MERDEKA!!

12 August 2009

Bukit Batu Chondong


Kawan sekitar Bukit Batu Chondong. Tanaman, tumbuhan dan landskap ringkas dari siri animasi Malaysia, Arnab dan Kura Kura.


09 August 2009

14hb OGOS 2009

salam: adalah ingin saya memaklumkan bahawa siri animasi Arnab & kura-Kura musim 3 akan keudara (episod pertama) pada 14hb ogos depan. bersamaan Jumaat jam 830am. Maka, war-warkan lah!

08 August 2009

Kantik Sekolah Bukit Batu Chondong






This is the canteen. Taken from Malaysia's 3D animated tv series : Kuntum & Friends or Arnab & Kura-Kura.

02 August 2009

Kwek si Itik

Kwek merupakan seekor itik yang dengan tidak sengaja menetas di depan Kuntum. Lantas menganggap Kuntum itu kakaknya. Semua berlaku dalam episod pertama animasi 3D Arnab & Kura Kura. Sehingga kini Kwek tinggal sekali dengan Kuntum.

Kwek tidak berbahasa. Hanya Kwek kwek kwek sepanjang cerita. Namun penglibatan Kwek dalam setiap episod tidak dinafikan kepentingannya.

Si Itik kecil dan comel ini juga pernah memegang watak utama dalam episod SIAPA KWEK musim pertama ARNAB dan KURA - KURA. Walau tidak berdialog, Kwek berjaya membawa watak sehingga tidak menimbulkan masalah pemahaman kepada penonton.

Kwek is the duckling in this 3D Animated TV series, Kuntum & Friends. Kwek sticks loyally to Kuntum, thinking that she is her sister. All started when Kwek hatched infront of Kuntum. This all happenes in the very 1st episode of KUNTUM and FRIENDS.

31 July 2009

Taman Permainan

Taman Permainan yang terdapat di Bukit Batu Chondong, dari siri animasi 3D Arnab & Kura-Kura.




Playground design from Malaysia 3D Animation TV series, Arnab & Kura-Kura or KUNTUM & FRIENDS.